Kuliah 10A (9 ayat)
Menimpa - Bencana alam yang menimpa penduduk kampung itu telah menyebabkan banyak rumah musnah.
Menggembleng - Pihak sekolah menggembleng tenaga semua guru dan pelajar untuk menjayakan program gotong-royong.
Kemapanan - Kerajaan berusaha meningkatkan kemapanan ekonomi negara melalui dasar pembangunan yang inklusif.
Berbeza - Pendapat antara ahli kumpulan itu agak berbeza, namun mereka tetap mencapai kata sepakat.
Menawarkan - Universiti itu menawarkan pelbagai kursus menarik dalam bidang sains dan teknologi.
Sekitar - Sekitar 500 orang penduduk hadir dalam perhimpunan yang diadakan pada hari Sabtu yang lalu.
Terjejas - Aktiviti harian penduduk terjejas akibat banjir yang melanda kawasan mereka.
Penderma - Para penderma telah menyumbangkan pakaian, wang dan makanan kepada mangsa banjir.
Banjir - Banjir kilat yang melanda ibu kota menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
1...menyebabkan > mengakibatkan
ReplyDelete4. ...antara beberapa orang ahli kumpulan
9. ...menyebabkan > mengakibatkan
terima kasih