Kuliah 10A (9 ayat)
Menimpa - Bencana alam yang menimpa penduduk kampung itu telah menyebabkan banyak rumah musnah. Menggembleng - Pihak sekolah menggembleng tenaga semua guru dan pelajar untuk menjayakan program gotong-royong. Kemapanan - Kerajaan berusaha meningkatkan kemapanan ekonomi negara melalui dasar pembangunan yang inklusif. Berbeza - Pendapat antara ahli kumpulan itu agak berbeza , namun mereka tetap mencapai kata sepakat. Menawarkan - Universiti itu menawarkan pelbagai kursus menarik dalam bidang sains dan teknologi. Sekitar - Sekitar 500 orang penduduk hadir dalam perhimpunan yang diadakan pada hari Sabtu yang lalu. Terjejas - Aktiviti harian penduduk terjejas akibat banjir yang melanda kawasan mereka. Penderma - Para penderma telah menyumbangkan pakaian, wang dan makanan kepada mangsa banjir. Banjir - Banjir kilat yang melanda ibu kota menyebabkan kesesakan lalu ...